.

Showing posts with label rumah untuk dijual. Show all posts
Showing posts with label rumah untuk dijual. Show all posts

Kelayakan Pinjaman Perumahan - Kakitangan Awam & Tentera


Kadar Kelayakan Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam


Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong/Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai -Pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut :

Kelayakan Pinjaman Perumahan kerajaan
Kadar Kelayakan Pinjaman Perumahan Kakitangan Awam


Syarat-Syarat Asas

   -  Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
   - Warganegara Malaysia
   -  Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
   - Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
   - Telah disahkan dalam jawatan
   - Bukan seorang bankrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
    -Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
    -Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua   nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran -Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.

Sila ke laman ASAL 
Sumber : http://bpp.treasury.gov.my

tag : rumah untuk dijual, jual beli rumah
 Rumah semi d di jitra untuk dijual

Kelayakan Subsidi RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA



Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menetapkan empat kriteria utama untuk melayakkan seseorang memohon subsidi perumahan di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Presidennya Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata empat kriteria itu adalah mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000, memiliki tanah sendiri, sudah berkahwin dan tidak pernah memiliki rumah sendiri sebelum ini.

Di samping itu, beliau berkata pemohon disaran memohon pembiayaan perumahan itu daripada empat institusi kewangan yang akan memeterai memorandum perjanjian persefahaman (MoU) bersama SPNB dalam tempoh terdekat.

"Bagaimanapun nama bank berkenaan akan diumumkan kemudian selepas majlis menandatangani MoU itu. SPNB juga tidak menghalang mana-mana pemohon yang ingin memohon pembiayaan perumahan selain empat bank ini, namun kita tidak tahu berapa kadar faedah yang akan dikenakan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Semalam Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik.

Ahmad Husni berkata SPNB akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.

Bagaimanapun, Kamarul Rashdan berkata harga rumah mampu milik itu belum ditolak lagi dengan jumlah subsidi berkenaan.

"Contohnya kalau beli rumah berharga RM65,000 akan diberi subsidi RM20,000 maka jumlah pembiayaan rumah itu hanya RM45,000. Sekiranya membeli rumah berharga RM55,000 akan diberi subsidi RM17,500 manakala untuk rumah berharga RM45,000 akan diberi subsidi RM15,000 maka harga asal rumah akan ditolak dengan jumlah subsidi untuk memohon pembiayaan," katanya.

Beliau berkata menerusi kaedah pembiayaan perumahan daripada institusi kewangan berkenaan akan mempercepatkan proses pemilikan rumah RMR1M iaitu dalam tempoh lima bulan sahaja.

"Kalau hendak tunggu pembiayaan sepenuhnya daripada SPNB memakan masa untuk memiliki rumah misalnya tiga tahun sebab peruntukan tidak mencukupi berbanding permintaan yang tinggi saban hari terhadap RMR1M ini," katanya.

Mengulas lanjut mengenai RMR1M itu, beliau berkata pemohon diberi peluang memilih reka bentuk yang diminati dan sehingga kini SPNB menerima 54 reka bentuk daripada pembekal teknologi sistem binaan berindustri (IBS).

Dalam pada itu, Kamarul Rashdan berkata SPNB menyasarkan akan membina rumah RMR1M antara 5,000 sehingga 10,000 unit pada tahun depan dengan kos antara RM450 juta hingga RM650 juta.

Katanya bermula tahun 2000 sehingga kini SPNB membina 24,522 unit rumah RMR1M dengan jumlah RM1.56 bilion dan ketika ini SPNB sedang membina 5,300 unit RMR1M.
Sumber

Borang Permohonan Rumah Idaman Rakyat 2014 Online



Borang Permohonan Rumah Idaman Rakyat 2014 Online. Melalui Bajet 2014 yang lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertindak sebagai pemaju projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) kerana ia mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding pemaju hartanah swasta lain.

SPNB yang menggunakan slogan “Menerajui kediaman mampu milik untuk 1Malaysia” memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM. Mereka yang berminat boleh membuat permohonan Rumah Idaman Rakyat (RIR).

Borang Permohonan Rumah Idaman Rakyat 2014 Online

Untuk membuat permohanan Rumah Idaman Rakyat boleh ke laman berikut untuk membuat permohonan. Klik –> ( BORANG )

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Idaman Rakyat (RIR) 2014

Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan individu RM 7500 sebulan
Pendapatan sekeluarga RM 10 000 sebulan
Keutamaan: Pembeli rumah pertama, golongan kurang upaya dan ibu tunggal
Info Rumah Idaman Rakyat (RIR) 2014

1) Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 ke RM250 000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM 1 000 000
2) Konsep pembangunan adalah bercampur
3) Jenis Rumah
- Banglo sesebuah
- Teres
- Rumah Berkembar
- Apartment ( Minimum 5 Tingkat)
- Unit Kedai


SKIM RUMAH PERTAMAKU


rumah
Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar telah ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari 2013.


Ciri-ciri dan Faedah Utama
*Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
*Pembiayaan sehingga 100%
*Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan Peminjam/Pelanggan Yang Layak
*Warganegara Malaysia sahaja
*Pembeli rumah pertama
*Individu berumur tidak lebih daripada 35 tahun
*Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada  RM5,000 sebulan dan pendapatan *kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar *bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
*Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan *bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah

Harta Yang Layak
*Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
*Nilai minimum hartanah RM100,000
*Nilai maksimum hartanah RM400,000
*Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan
*Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan. Tempoh pembiayaan maksimum yang disemak semula ini adalah selaras dengan keputusan BNM yang telah diumumkan pada 5 Julai 2013
*Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
*Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
*Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Maklumat lanjut : http://www.srp.com.my

RUMAH BAHAGIA



Asyik cerita pasal rumah je, kalini nak selit sikit pasal kebahagian rumah tangga pulak..

ENAM ASAS RUMAH TANGGA BAHAGIA - USTAZAH SITI NOR BAHYA

STATISTIK menunjukkan di Barat hampir 90 peratus rumah tangga berantakan kerana tidak mengikut acuan yang telah ditetapkan Allah SWT.

Tidak mustahil fenomena tersebut berlaku di negara ini apabila makin ramai yang membina rumah tangga dengan hanya mengikut nafsu dan tidak berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya.

Sebenarnya senario semakin membimbangkan ini telahpun dibuktikan dengan jumlah kes perceraian yang dilaporkan meningkat hari demi hari. Malah mengikut purata yang dikeluarkan oleh Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) seramai 77 pasangan Islam bercerai setiap hari.

Jumlah perceraian yang boleh dikategorikan kritikal ini mendorong penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya, Wan Akashah Wan Abdullah berkongsi asas-asas untuk membina rumah tangga bahagia bersempena ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Asas 1

Menurut Siti Nor Bahyah, setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim. Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?

Bagi isteri, jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri. Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki. Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan, barulah rumah tangga ada asasnya.

Menurutnya, tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.

"Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah, untuk menguatkan iman di pejabat, pastikan kita berjemaah di surau pejabat dan isi masa dengan membaca al-Quran," tambah Wan Akashah pula.

Asas 2

Perlu ada kasih sayang, cinta dan rindu.

"Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja. Nabi SAW berpesan, kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. Jadi jika ada suami yang mengatakan 'abang sayang, cuma tak tunjuk saja' maka itu tidak patut, kerana nabi ajar suruh tunjuk," tambah Siti Nor Bahyah pula.

Sebagai ibu, haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.

"Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring di atas paha Saidatina Khadijah, jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 3

Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW, jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing. Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata, mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.

Kata Wan Akashah, isteri mesti memastikan suami makan dari masakannya supaya berkat.

"Sebab itu ustaz sendiri pun makan masakan yang ibu dan isteri masak. Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihannya, apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia," jelasnya.

Asas 4

Tegas Siti Nor Bahyah, amanah dan tanggung jawab perlu dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.

"Anak adalah amanah, sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan. Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri," tambahnya.

Asas 5

Setiap suami atau isteri mesti pastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan diberkati.

"Biar sedikit tapi mencukupi. Keberkatan itu amat penting. Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangannya. Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti kita akan tenang kerana mengikut suruhan Allah," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 6

Pesanan yang paling penting ialah berbuat baiklah kepada ibu dan bapa. "Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu bapa kita, Insya-Allah anak-anak kita akan baik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia," ujarnya.

- UTUSAN, 1 November 2011

Panel Insurans & Takaful - Pengiraan Kasar


Panel Insurans & Takaful

Perkara terakhir yang perlu anda lakukan adalah memilih panel Insurans Bertempoh Gadaijanji Berkurangan (Mortgage Reducing Term Assurance – MRTA). Ini adalah premium insurans sekali bayar yang melindungi pihak yang diinsuranskan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kelak yang menyeluruh bagi baki jumlah pinjaman perumahan yang belum dijelaskan.

Di Malaysia, terdapat banyak pilihan syarikat insurans Takaful seperti :
  • Etiqa Takaful
  • Etiqa Insurance
  • Takaful Malaysia
  • Takaful Ikhlas
  • Prudential BSN Takaful,
  • Hsbc Amanah Takaful
  • Sun Life Malaysia Takaful 
  • Axa Affin
Klik banner untuk pengiraan dari Laman asal



PERMOHONAN RUMAH PRIMA 1 MALAYSIA



Permohonan Rumah PR1MA Malaysia  :

Kepada yang belum ada rumah sendiri lagi dan masih mencari rumah pertama, bolehlah cuba-cuba membuat permohonan rumah PR1MA Malaysia bermula besok (Sabtu). Kalau sebelum ini…


Kalau sebelum ini, permohonan rumah PR1MA Malaysia menggunapkai sistem konvensional iaitu sistem manual iaitu secara pos, kali ini lebih mudah. Sekarang ini, sudah boleh diakses melalui laman web www.pr1ma.my.

 tag : jual beli rumah, jual rumah, rumah nak jual, rumah di jual,
  Rumah semi d di jitra untuk dijual

KEBAIKAN MENANAM RUMPUT DI LAMAN RUMAH



10 sebab mengapa perlu ditanam rumput dilaman rumah.

1. Menghalang hakisan tanah. Kawasan yang berumput akan mengurangkan kesan hakisan air berbanding kawasan lapang yang botak.

2. Mengurangkan habuk. Kawasan lapang yang botak akan berhabuk atau berdebu bila cuaca kering.

3. Mengelakkan larian permukaan. Pergerakkan air yang banyak diatas permukaan yang tidak berumput akan membawa debu, tanah atau sampah dalam alirannya.
4. Menapis air; rumput boleh bertindak sebagai tapisan untuk air yang mengalir melaluinya, samada untuk masuk ke dalam tanah atau ke longkang, parit, sungai, tasik dan sebagainya.

5. Permukaan daun rumput (seperti juga lain-lain tumbuhan) boleh memerangkap sebahagian jenis cemaran udara terutamanya dari jenis partikel-partikel besar.

6. Membekalkan oksigen. Melalui proses fotosintesis tumbuhan hijau akan menyerap karbon dioksida (CO2) dan membebaskan oksigen (O2).

7. Penyejukkan. Berbanding dengan tanah kosong atau simen konkrit, dengan keluasan yang sama, rumput turf akan menyejukkan kawasan sekelilingnya.
8. Kecantikkan. Walau jenama apa pun jubin atau marmar yang digunakan, di hari yang panas, hanya kawasan rumput hiasan yang terurus yang akan menyejukkan mata dan suhu.

9. Nilai hartanah. Samada tanah sebesar setem poskad di rumah teres atau taman permainan di kawasan perumahan, rumput hiasan yang terurus boleh menaikkan harga rumah atau hartanah.

10. Kawasan sukan dan rekreasi. Rumput yang sesuai boleh digunakan untuk kawasan rekreasi kanak-kanak ataupun padang-padang sukan.


 tag : jual beli rumah, jual rumah, rumah nak jual, rumah di jual,
  Rumah semi d di jitra untuk dijual

TIP HIASAN DALAMAN RUMAH




10 TIPS Hiasan Dalaman Rumah

1. Buat pilihan sendiri

Rumah anda ruang peribadi anda. Jangan benarkan orang lain menentukan apa yang patut anda lakukan pada rumah anda.

2. Elak mengecat dulu

Sebaliknya buat pilihan fabrik, permaidani dan sarung kusyen sebelum memikirkan warna cat.

3. Jangan pilih cat dari kertas contoh


Sebaliknya, beli setin kecil warna pilihan untuk dicuba di rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran cahaya semula jadi atau sapukan pada kadbod. Kemudian acukan di dinding untuk melihat keserasiannya dengan persekitaran.

4. Jangan pilih warna dalam kedai

Elak beli fabrik, kemasan lantai atau cat di kedai pertama anda kunjungi. Minta saja contoh warna cat, permaidani atau fabrik untuk dibawa pulang. Lihat kesan dan perbezaan warnanya dalam cahaya semula jadi dan di bawah sinaran lampu pada waktu petang.

5. Jangan abaikan psikologi warna

Warna mempengaruhi sikap dan emosi. Pilih skim warna sepadan suasana ruang yang mahu digarapkan. Misalnya bilik permainan atau ruang keluarga, rona terang lebih serasi dipadankan kerana menepati keperluan dan aktiviti ruang itu

6. Elak dekorasi paksa


Jangan paksa wujud skim warna atau lebih tepat lagi usah ‘paksa’ menyatukan perhiasan. Disebabkan anda mempunyai sofa merah, tidak bermakna langsir berjalur merah boleh dipadankan dengannya. Buat pilihan kumpulan warna dengan mengenalpasti perhiasan utama dalam ruang itu.

7. Jangan abaikan titik fokal ruang. 

Bukan semua bilik mempunyai titik fokal, tetapi sekiranya ada, biar ia menyerlah. Misalnya meja konsul, dinding berkemasan batu bata merah atau hiasan dinding. Apa yang perlu dilakukan ialah susun karya dan perabot berhampiran unsur utama ini.

8. Jangan biarkan perabot disusun rapat ke dinding. 

Hindari susun kerusi, sofa dan meja di sekeliling ruang melainkan tiada pilihan. Susun berkelompok di tengah ruang bagi memudahkan aktiviti berbual.

9. Elak bina sekatan.

Jangan letak kerusi di depan pintu atau meja di kawasan laluan utama. Ia mengganggu kelancaran laluan, sebaiknya pastikan laluan itu mudah diakses.

10. Jangan beli kerana murah. 

Sebaliknya teliti mutu pembuatan, perincian atau rekaannya sama ada masih elok atau tidak.


 tag : jual beli rumah, jual rumah, rumah nak jual, rumah di jual,
  Rumah semi d di jitra untuk dijual

TIPS MENGHIAS LAMAN RUMAH


HIAS-LAMAN-RUMAH


10 Tips Cara menghias Laman Rumah

1. Tanam pokok yang tumbuh tinggi bagi bingkai pada ruang laman Rumah anda seperti di sisi dan di belakang rumah. Jarakkan penanaman pokok tersebut bagi memberi ruang pokok untuk membesar.

2. Menanam tumbuhan yang besar dan tinggi, di samping tumbuhan renek disekelilingnya akan mewujudkan ruang laman yang lebih luas.


3. Elakkan mencampur adukan penanaman pokok pada kawasan yang sama, kerana ini akan mencacatkan pemandangan.
HIAS-LAMAN-RUMAH
4. Elakkan penanaman pokok yang terlalu banyak di halaman rumah anda, kerana ia akan menengelamkan panorama rumah anda.

5. Elakkan daripada menanam tanaman atau tumbuhan berdekatan dengan pintu masuk atau laluan pejalan kaki.

6. bagi anda yang baru sahaja mewujudkan landskap, mulakan dengan menanam pokok yang mudah dijaga.

7. Dan sekiranya anda ingin mewujudkan tanaman sayuran pastikan anda membuat perancangan terlebih dahulu. Seeloknya asingkan tanaman sayur dengan landskap anda. Sebagai contoh hadapan rumah untuk landskap manakala tepi rumah untuk tanaman sayuran.

HIAS-LAMAN-RUMAH
8. Pastikan juga anda mewujudkan kawasan untuk anak-anak anda bermain.

9. Bagi yang inginkan tambahan eksesori laman pula, pilih yang tidak terlalu besar dan berat. Ini akan memudahkan anda mengubah kedudukan objek tersebut.

10. Buat rujukkan dalam majalah, internet dan sebagainya.


 tag : jual beli rumah, jual rumah, rumah nak jual, rumah di jual,
  Rumah semi d di jitra untuk dijual

TIP SELENGARA TANAMAN GANTUNG


Tip menyelenggara tanaman gantung


1- Gunakan pasu yang ringan dan mudah dialih kerana pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sekurang-kurangnya sekali sekali seminggu.

2-Gantungkan pokok gantungan yang berdaun lebat pada cahaya matahari sekurang-kurangnya 3 jam sehari (pagi/petang)

3-Pastikan kedudukan pokok yang digantung melebihi paras penglihatan tetapi jangan terlalu tinggi bagi memudahkannya disiram, dibaja dan diselenggara seperi pemangkasan pada bahagian yang berjuntai atau mati.


POKOK GANTUNG

4-Pokok-pokok yang digantung memerlukan air yang banyak ketika cuaca panas. Sebaik-baiknya siram 2 kali sehari.

5-Pokok-pokok gantungan biasanya bersifat 'lembut' dan perlukan tanah yang sesuai ketika menanamnya dan penggunaan baja kimia adalah tidak digalakkan.


 tag : jual beli rumah, jual rumah, rumah nak jual, rumah di jual,
  Rumah semi d di jitra untuk dijual

GALERI DESIGN PAGAR TERKINI


DESIGN PAGAR
DESIGN PAGAR
DESIGN PAGAR
DESIGN PAGAR
DESIGN PAGAR
DESIGN PAGAR
DESIGN PAGAR
DESIGN PAGAR
DESIGN PAGAR
 tag : jual beli rumah, jual rumah, rumah nak jual, rumah di jual,
  Rumah semi d di jitra untuk dijual
Pepperstone | Metatrader 4 Forex Broker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my KURSUS KOMPUTER My Ping in TotalPing.com www.BlogPingSite.com
coolsocial.net juairumah.blogspot.com CoolSocial.net Badge
http://www.addurl.nu/ top blog sites
top blog sites