.

Kelayakan Subsidi RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA



Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menetapkan empat kriteria utama untuk melayakkan seseorang memohon subsidi perumahan di bawah program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M).

Presidennya Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh berkata empat kriteria itu adalah mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah RM3,000, memiliki tanah sendiri, sudah berkahwin dan tidak pernah memiliki rumah sendiri sebelum ini.

Di samping itu, beliau berkata pemohon disaran memohon pembiayaan perumahan itu daripada empat institusi kewangan yang akan memeterai memorandum perjanjian persefahaman (MoU) bersama SPNB dalam tempoh terdekat.

"Bagaimanapun nama bank berkenaan akan diumumkan kemudian selepas majlis menandatangani MoU itu. SPNB juga tidak menghalang mana-mana pemohon yang ingin memohon pembiayaan perumahan selain empat bank ini, namun kita tidak tahu berapa kadar faedah yang akan dikenakan," katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Semalam Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah mengumumkan kerajaan akan menyediakan subsidi antara RM15,000 dan RM20,000 bagi membolehkan rakyat membeli rumah mampu milik.

Ahmad Husni berkata SPNB akan membina tiga jenis rumah mampu milik dengan tiga bilik tidur berharga RM65,000, RM55,000 dan RM45,000.

Bagaimanapun, Kamarul Rashdan berkata harga rumah mampu milik itu belum ditolak lagi dengan jumlah subsidi berkenaan.

"Contohnya kalau beli rumah berharga RM65,000 akan diberi subsidi RM20,000 maka jumlah pembiayaan rumah itu hanya RM45,000. Sekiranya membeli rumah berharga RM55,000 akan diberi subsidi RM17,500 manakala untuk rumah berharga RM45,000 akan diberi subsidi RM15,000 maka harga asal rumah akan ditolak dengan jumlah subsidi untuk memohon pembiayaan," katanya.

Beliau berkata menerusi kaedah pembiayaan perumahan daripada institusi kewangan berkenaan akan mempercepatkan proses pemilikan rumah RMR1M iaitu dalam tempoh lima bulan sahaja.

"Kalau hendak tunggu pembiayaan sepenuhnya daripada SPNB memakan masa untuk memiliki rumah misalnya tiga tahun sebab peruntukan tidak mencukupi berbanding permintaan yang tinggi saban hari terhadap RMR1M ini," katanya.

Mengulas lanjut mengenai RMR1M itu, beliau berkata pemohon diberi peluang memilih reka bentuk yang diminati dan sehingga kini SPNB menerima 54 reka bentuk daripada pembekal teknologi sistem binaan berindustri (IBS).

Dalam pada itu, Kamarul Rashdan berkata SPNB menyasarkan akan membina rumah RMR1M antara 5,000 sehingga 10,000 unit pada tahun depan dengan kos antara RM450 juta hingga RM650 juta.

Katanya bermula tahun 2000 sehingga kini SPNB membina 24,522 unit rumah RMR1M dengan jumlah RM1.56 bilion dan ketika ini SPNB sedang membina 5,300 unit RMR1M.
Sumber

Borang Permohonan Rumah Idaman Rakyat 2014 Online



Borang Permohonan Rumah Idaman Rakyat 2014 Online. Melalui Bajet 2014 yang lepas, Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) bertindak sebagai pemaju projek Rumah Idaman Rakyat (RIR) kerana ia mampu menawarkan harga yang jauh lebih rendah berbanding pemaju hartanah swasta lain.

SPNB yang menggunakan slogan “Menerajui kediaman mampu milik untuk 1Malaysia” memfokuskan kepada pembangunan rumah mampu milik di seluruh negara melalui pelaksanaan Program Rumah Mampu Milik atau lebih dikenali Program RMM. Mereka yang berminat boleh membuat permohonan Rumah Idaman Rakyat (RIR).

Borang Permohonan Rumah Idaman Rakyat 2014 Online

Untuk membuat permohanan Rumah Idaman Rakyat boleh ke laman berikut untuk membuat permohonan. Klik –> ( BORANG )

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Idaman Rakyat (RIR) 2014

Warganegara Malaysia
Berumur 21 tahun ke atas
Pendapatan individu RM 7500 sebulan
Pendapatan sekeluarga RM 10 000 sebulan
Keutamaan: Pembeli rumah pertama, golongan kurang upaya dan ibu tunggal
Info Rumah Idaman Rakyat (RIR) 2014

1) Harga jualan rumah bermula dari RM70,000 ke RM250 000. Manakala unit kedai tidak melebihi RM 1 000 000
2) Konsep pembangunan adalah bercampur
3) Jenis Rumah
- Banglo sesebuah
- Teres
- Rumah Berkembar
- Apartment ( Minimum 5 Tingkat)
- Unit Kedai


SKIM RUMAH PERTAMAKU


rumah
Skim Rumah Pertamaku (SRP) –Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi-institusi kewangan untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Kerajaan telah mengumumkan dalam Bajet 2013 yang had pendapatan kasar telah ditingkatkan dari RM3,000 kepada RM5,000 sebulan dan beberapa kriteria kelayakan tertentu telah dimansuhkan berkuat kuasa 1 Januari 2013.


Ciri-ciri dan Faedah Utama
*Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)
*Pembiayaan sehingga 100%
*Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan Peminjam/Pelanggan Yang Layak
*Warganegara Malaysia sahaja
*Pembeli rumah pertama
*Individu berumur tidak lebih daripada 35 tahun
*Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada  RM5,000 sebulan dan pendapatan *kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar *bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
*Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan *bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah

Harta Yang Layak
*Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
*Nilai minimum hartanah RM100,000
*Nilai maksimum hartanah RM400,000
*Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

Keperluan Pembiayaan
*Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan. Tempoh pembiayaan maksimum yang disemak semula ini adalah selaras dengan keputusan BNM yang telah diumumkan pada 5 Julai 2013
*Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
*Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
*Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Maklumat lanjut : http://www.srp.com.my

LANSKAP KOLAM AIR TERJUN


Antara hiasan taman yang paling digemari dan selalu diidamkan ialah Lanskap Kolam Air Terjun, tetapi kos penyelegaraan dan pembikinan lanskap ini amat tinggi. Walaubagaimanapun itu tidak menjadi masalah, buat la mengikut kemampuan masing masing.

Disamping mencantikkan halaman rumah ia juga boleh mewujudkan suasana Flora dan Fauna di halaman rumah. Bunyi air, percikan air, dan sentuhan pada air dapat menenangkan jiwa. Air dalam landskap memainkan peranan penting dalam hiasan taman.

Hiasan taman yang boleh dibuat dengan air ialah air pancut dan air terjun. Pelbagai variasi dapat dibuat dengan air pancut.

Dengan mewujudkan suasana yang aman damai ini, secara tak langsung dalam jangka masa panjang ia dapat menjimatkan kos, maksudnya disini jika kedamaian dan keindahan ada dirumah semestinya penghuni tidak keluar dari kawasan rumah jika tiada apa apa program atau kerja. Lebih baik menghabiskan masa mengecapi keindahan laman rumah sendiri, disitu juga akan timbul idea idea untuk menambah lagi keindahan lanskap anda.

Untuk membuat lanskap kolam air terjun haruslah mengambil kira keluasan laman, budget dan keperluan lain.
Contoh gambar :
rumah-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun


Lanskap-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun
Lanskap-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun
Lanskap-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun

Lanskap-kolam-air-terjun






RUMAH BAHAGIA



Asyik cerita pasal rumah je, kalini nak selit sikit pasal kebahagian rumah tangga pulak..

ENAM ASAS RUMAH TANGGA BAHAGIA - USTAZAH SITI NOR BAHYA

STATISTIK menunjukkan di Barat hampir 90 peratus rumah tangga berantakan kerana tidak mengikut acuan yang telah ditetapkan Allah SWT.

Tidak mustahil fenomena tersebut berlaku di negara ini apabila makin ramai yang membina rumah tangga dengan hanya mengikut nafsu dan tidak berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya.

Sebenarnya senario semakin membimbangkan ini telahpun dibuktikan dengan jumlah kes perceraian yang dilaporkan meningkat hari demi hari. Malah mengikut purata yang dikeluarkan oleh Jabatan Kefahaman Islam Malaysia (Jakim) seramai 77 pasangan Islam bercerai setiap hari.

Jumlah perceraian yang boleh dikategorikan kritikal ini mendorong penceramah motivasi terkenal Datuk Siti Nor Bahyah Mahamood dan suaminya, Wan Akashah Wan Abdullah berkongsi asas-asas untuk membina rumah tangga bahagia bersempena ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.

Asas 1

Menurut Siti Nor Bahyah, setiap pasangan yang berkahwin harus menetapkan matlamat mereka iaitu kebahagiaan di dunia dan akhirat. Hanya iman dan takwa boleh membawa pasangan ke syurga untuk mendapatkan kebahagiaan yang abadi. Uji diri adakah kita telah menjalani tanggung jawab sebagai Muslim. Keluar rumah menuju ke pejabat apakah niatnya?

Bagi isteri, jangan salah guna keizinan bekerja yang suami telah beri. Elakkan makan berdua dengan lelaki bukan muhrim begitu juga dengan lelaki. Masing-masing perlu perkukuh iman dan kepercayaan yang telah diberikan, barulah rumah tangga ada asasnya.

Menurutnya, tip dari nabi SAW untuk menjaga kesetiaan ialah jangan sesekali suami atau isteri mendengar rintihan dari rakan yang berlainan jantina dari mereka.

"Ujian datang dalam bentuk kesenangan dan juga kesusahan, jadi kalau iman kita lemah kita pasti akan kalah, untuk menguatkan iman di pejabat, pastikan kita berjemaah di surau pejabat dan isi masa dengan membaca al-Quran," tambah Wan Akashah pula.

Asas 2

Perlu ada kasih sayang, cinta dan rindu.

"Sedihnya dua elemen ini sering berlaku pada zaman bercinta sahaja. Nabi SAW berpesan, kalau kita sayangkan seseorang mesti ditunjukkan dengan kata-kata dan perbuatan. Jadi jika ada suami yang mengatakan 'abang sayang, cuma tak tunjuk saja' maka itu tidak patut, kerana nabi ajar suruh tunjuk," tambah Siti Nor Bahyah pula.

Sebagai ibu, haruslah memanggil anak dengan penuh kasih sayang dan panggilan yang baik-baik kerana setiap patah perkataan yang keluar dari mulut ibu adalah doa.

"Nabi sendiri pun menunjukkan kasih sayangnya dengan berbaring di atas paha Saidatina Khadijah, jadi mengapa perlu suami sekarang tidak mengikuti perlakuan Rasulullah kalau itu yang menggembirakan hati isteri," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 3

Contohi akhlak Nabi Muhammad SAW, jagalah adab suami isteri serta tingkah laku masing-masing. Setiap dari anggota yang Allah kurniakan seperti mata, mulut dan hidung semuanya perlu dijaga.

Kata Wan Akashah, isteri mesti memastikan suami makan dari masakannya supaya berkat.

"Sebab itu ustaz sendiri pun makan masakan yang ibu dan isteri masak. Dari situ makanan yang dimakan itu diyakini kebersihannya, apa yang dimakan menjadi darah daging untuk membentuk insan yang berakhlak mulia," jelasnya.

Asas 4

Tegas Siti Nor Bahyah, amanah dan tanggung jawab perlu dipikul sehabis baik oleh setiap pasangan. Dalam keadaan ekonomi sekarang, ramai pasangan yang secara tidak sengaja mengabaikan masa bersama pasangan atau anak-anak.

"Anak adalah amanah, sebaiknya kita menjaga anak kita sendiri dan tidak perlu menyerahkan tugas tersebut kepada pembantu rumah atau hantar ke pusat jagaan. Kalau pakai pembantu janganlah pula kita membiarkan pembantu mengambil peranan kita sebagai isteri," tambahnya.

Asas 5

Setiap suami atau isteri mesti pastikan rezeki yang mereka perolehi adalah halal dan diberkati.

"Biar sedikit tapi mencukupi. Keberkatan itu amat penting. Apabila kita bersembahyang kita pasti akan mendapat ketenangannya. Begitu juga dengan kewajipan berzakat yang apabila kita tunaikan pasti kita akan tenang kerana mengikut suruhan Allah," ujar Siti Nor Bahyah.

Asas 6

Pesanan yang paling penting ialah berbuat baiklah kepada ibu dan bapa. "Apabila kita sebagai anak berbuat baik kepada ibu bapa kita, Insya-Allah anak-anak kita akan baik kepada kita dan rumah tangga kita pasti bahagia," ujarnya.

- UTUSAN, 1 November 2011

TIP MENGHIAS RUANG TAMU



Masih mencari cara Decorasi ruang tamu?
Jika ingin memiliki ruang tamu yang cantik dan kemas anda harus mempertimbangkan kos yang minimum atau maximum mengikut kemampuan.

Fikirkan Funiture yang akan ada diruang tamu, jangan terlalu padat dan terlalu kurang.

Keseimbangan ruang tamu amat penting untuk memastikan ruang tamu itu terasa luas dan tenang.

Cara yang paling kreatif dalam penyusunan ruang tamu, pastikan dinding diruang tamu terlebih dahulu, samada kesesuaian atau kombinansi cat atau wall papper.

Didinding cari tempat untuk di letakkan Cermin atau Frame atau lukisan atau ayat ayat suci Al Quran yang menarik untuk menambah lagi seri di dalam ruang tamu tersebut.

Perbincangan bersama keluarga amat penting, gunakan buah fikiran orang lain terutama ahli dalam rumah anda.

Dengan buah fikiran yang ramai pasti akan mendatangkan satu keadaan yang menarik dan kemas.

Kerativiti penghias akan menambahkan lagi susun atur sesuatu keadaan ruang tamu tersebut.

Untuk menambahkan lagi keseimbangan boleh la fikirkan dimana tempat untuk diletakkan tumbuhan hidup yang boleh mendapat cahaya matahari atau yang xperlukan cahaya matahari yang banyak supaya tumbuhan tersebut dapat melakukan proses fotosentisis.

Dengan proses tersebut tumbuhan akan menyerap karbon disekeliling anda dan membebaskan oksigen yang baik dan keadaan sekeliling anda di penuhi oksigen dan ion ion negative.

Boleh juga difikirkan untuk diletakkan ruang untuk tenangkan fikiran seperti meletak alkuarium mengikut keselesaan saiz ruang tamu tersebut.

Lihat contoh contoh ruang tamu yang simple dan kemas :

TIP MENGHIAS RUANG TAMU

 TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU


TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU
TIP MENGHIAS RUANG TAMU
TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU

TIP MENGHIAS RUANG TAMU


TIP MENGHIAS RUANG TAMU



Panel Insurans & Takaful - Pengiraan Kasar


Panel Insurans & Takaful

Perkara terakhir yang perlu anda lakukan adalah memilih panel Insurans Bertempoh Gadaijanji Berkurangan (Mortgage Reducing Term Assurance – MRTA). Ini adalah premium insurans sekali bayar yang melindungi pihak yang diinsuranskan sekiranya berlaku kematian atau kehilangan upaya kelak yang menyeluruh bagi baki jumlah pinjaman perumahan yang belum dijelaskan.

Di Malaysia, terdapat banyak pilihan syarikat insurans Takaful seperti :
  • Etiqa Takaful
  • Etiqa Insurance
  • Takaful Malaysia
  • Takaful Ikhlas
  • Prudential BSN Takaful,
  • Hsbc Amanah Takaful
  • Sun Life Malaysia Takaful 
  • Axa Affin
Klik banner untuk pengiraan dari Laman asal



Pepperstone | Metatrader 4 Forex Broker
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Blogged.my KURSUS KOMPUTER My Ping in TotalPing.com www.BlogPingSite.com
coolsocial.net juairumah.blogspot.com CoolSocial.net Badge
http://www.addurl.nu/ top blog sites
top blog sites